Thursday, July 27, 2023

8 Tips Travel Ke Luar Negara

 8 Tips Travel Ke Luar Negara

Musim luruh di korea by wanie ismail ;)


Assalammualaikum dan Salam Ceria Bahagia :)

Hari ini wanie nak kongsikan tips travel ke luar negara . Siapa di sini suka travel ke luar negara dengan bajet yang murah ? ha mesti nak kan .

Nak tau tak? pada tahun 2015 wanie pegi ke korea  bersama mak , ayah , dan beberapa jiran tiada tour guide , hanya redah sahaja orang cakap backpacker . 

Tetapi semua bergantung harapan dengan wanie hahaha.. padahal wanie baru juga first time jejak kaki ke korea bersama mereka .Syukur alhamdulilah tiada sesat ;)

Haaa jum wanie nak kongsi kan beberapa tips yang wanie selalu guna untuk ke luar negara bajet yang rendah , tetapi kene plan betul betul tau .. contohnya wanie plan nak ke korea pada masa dulu bajet di kumpul dalam pada masa 6 bulan . 

Kebiasaanya wanie akan selesaikan satu satu dahulu contohnya bajet bulan pertama wanie akan selesaikan beli tiket kapal terbang dahulu .Kalau part ni tak selesai yang lain jadi tertunda sebab tiket kapal terbang menentukan kita jadi pergi ke tak dan nak buat persiapan awal atau tidak . 

Pada bulan kedua wanie akan booking penginapan seperti hotel atau airbnb . Dan pada bulan ketiga wanie akan kumpul duit untuk beberlanja di sana . ha macam tu lah bajet wanie kalau nak ke luar negara . hehehe..tapi kalau korang ada bajet lebih nak mudah boleh je amik tour guide okey .




 8 Tips Travel Ke Luar Negara  


1) Tips travel ke luar negara : Membaca amalan mulia


Sebulan jugalah wanie membaca cara menaiki kenderaan di korea. Bila dah sampai airport apa perlu buat sebab negara korea penduduk sana ada juga tidak faham bahasa english so agak susah untuk berkomunikasi so banyakkan membaca buku atau blog pengalaman orang yang pernah jejak kaki ke korea okey .bak kata pepatah ''nak seribu daya tak nak seribu dalih'' 


2) Tips travel ke luar negara : Tiket Penerbangan 


Kebiasaannya wanie selalu beli tiket penerbangan setahun atau 6 bulan lebih awal untuk harga yang lebih murah . Tips membeli  tiket penerbangan yang murah wanie selalu pilih penerbangan jimat iaitu airasia .. korang boleh servay tiket pada waktu tengah malam selalunya akan dapat separuh harga daripada waktu yang biasa ..rajin rajinlah cek selalu yaaa..


3) Tips travel ke luar negara : Pasport Wajib  


Buku merah wajib bawa ye .. kalau tertinggal benda lain okey lagi hehehe .. kalau tertinggal pasport bye bye aja lah . Pasport Malaysia wajib aktif ada extra 6 bulan lebih awal sebelum tamat tempoh .Kalau tak baik renew pasport siap siap. 

4) Tips travel ke luar negara : Money Changer


Kebiasaanya  wanie akan tukar matawang 1-2 bulan lebih awal kalau nak lebih jimat kene rajin rajin servay matawang negara kita nak pergi itu .Contohnya harini matawang naik esok matawang turun ..jadi siapa plan awal untuk tukar duit akan jimat banyak kalau duit negara tersebut tengah turun .hehehe..


5) Tips travel ke luar negara : Sedia Itinerary


Lebih mudah jika korang sediakan itinerary awal awal . contohnya korang ke negara tersebut selama 7 hari .. so buat lah jadual day 1 sampai day 7 nak buat apa pergi tempat yang mana makan di mana ia akan lebih mudah jika itinerary korang tersusun siap bajet lagi .jimat bukan ? ;)


6) Tips travel ke luar negara : Pakaian


Pakaian main kan peranan sangat penting bila kita travel .Sebelum itu kita kene tahu musim apa kita ke negara tersebut . contoh nya wanie pegi bulan october ke korea . Pada bulan october musim luruh tapi cuba cek suhu nya berapa ..masa wanie pergi korea oktober suhu agak sejuk -3 walaupun musim luruh ..pakaian wajib tebal kalau bawa baju nipis sahaja menangis lah ye kesejukan hehehe..


wanie belanja gambar posing musim luruh korea ;)


info : Negara korea ada 4 musim

  • Musim Bunga (Mac - Mei)
  • Musim Panas (Jun - Ogos)
  • Musim Luruh (September - November)
  • Musim Sejuk (Disember - Februari)


7) Tips travel ke luar negara : Membeli Belah


Kalau dah backpacker korang janganlah bershopping beria macam tiada hari esok hehehe..Boleh membeli tapi kalau barang tu pun ada kat negara sendiri baik beli di negara sendiri sahaja . Wajib Bijak berbelanja yee.. Jangan bag pegi 10kg balik bag 40kg pulak..


8) Tips travel ke luar negara : Sediakan Keperluan vitamin atau ubat ubatan


Kita tidak menjangka cuaca negara kita lawati itu sesuai tidak dengan suhu badan kita ada yang sensitif . Persediaan awal ubat ubatan sangat penting . Macam wanie sudah biasa makan vitamin shaklee .. Wanie akan wajib bawa vitamin C shaklee untuk meningkatkan sistem imuan badan wanie . 


Kesimpulannya percutian tidak kisah di dalam  negara sendiri mahupun luar negara keselamatan wajib menitik beratkan setiap individu . Setiap percutian akan memberi seseorang itu pengalaman yang sangat bermakna lagi lagi bercuti bersama keluarga tersayang ia dapat mengeratkan hubungan lebih erat . 

Selain itu dapat juga mempelajari budaya orang luar yang baik kita boleh contohi yang tidak baik jangan contohi ya ..


Sekian , semoga perkongsian wanie ini bermanfaat buat semua yang nak bercuti ke luar negara . 


Sebarang pertanyaan / info , promo mengenai vitamin shaklee boleh terus whatapp wanie ;))


LOVE , Wanie Ismail
(pengedar shaklee KL)
ID shaklee : 1309690



#pengedarshakleekualalumpur
#shakleemalaysia
#shakleekualalumpur
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Wanie juga aktif di media sosial yang lain

Jemput follow wanie ;)



TIK TOK : @mommyjelita

YOUTUBE : @wanieismail3410

INSTAGRAM : @nurhalawanie

FACEBOOK : @wanieismail



{COD ALL AREA KUALA LUMPUR}

GOMBAK , BATU CAVES , SENTUL ,MAXIM , SKYAWANI,SENTUL POINT ,SETAPAK, SRI RAMPAI ,WANGSA MAJU,JLN IPOH , SEGAMBUT , JINJANG , KLCC, PUBLIKA,GREENWOOD,KERAMAT

{POS SETIAP HARI }


Penafian : segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat , mencegah,mendiagnose atau menyembuh apa jua penyakit. pembaca yang mengalami masalah kesihatan disarankan mendapat nasihat dari doctor atau mana mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

No comments:

Post a Comment

Ajal Tidak Lambat Tidak Cepat

Nahas Pesawat Di Elmina Mengorbankan 10 Nyawa  Pada 17 august 2023 khamis , Rakyat Malaysia dapat berita yang menyedihkan yang terjadinya na...