DAN AKU MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KU PADA ALLAH SWT
Hi hi Semua & Assalammualaikum,
Semoga yang baca blog Wanie ni dalam keadaan sihat ,tenang & bahagia bersama tersayang.
Pada Tahun 2024 tahun yang sanggat penat , lelah , sedih , serba kekurangan dan macam macam lagi bak kata orang tahun yang paling di uji dan ujian yang besar untuk Wanie ,suami dan keluarga .
2024 tahun yang Wanie tak akan pernah lupa kan . 2024 tahun kehilangan anak syurga anak sulung Wanie iaitu NUR JELITA .anak pertama yang menjadi penghuni pertama rahim Wanie . Sebagai ibu perit rasa hati ini tapi apa kan daya ALLAH SWT lebih sayangkan dia dan menjemput dia kembali ke syurga dgn umurnya 5tahun . dan aku menyerahkan segala urusan ku pada Allah SWT.
Terlalu sayang ,Terlalu rindu pada anak syurga ni:)
Semoga dengan Hadiah surah AL-FATIHAH setiap hari Wanie kirim kan pada beliau dapat menjadi terubat rindu ini pada anak syurga mummy ni.semoga kami dapat berkumpul kembali di syurga Allah bersama kembali. Amin amin ya mujib .dan aku menyerahkan segala urusan ku pada Allah SWT.
AL FATIHAH NUR JELITA
Wanie Ismail,
:) rindu yang tiada penghujung ..









