Friday, August 18, 2023

Ajal Tidak Lambat Tidak Cepat


Nahas Pesawat Di Elmina Mengorbankan 10 Nyawa 





Pada 17 august 2023 khamis , Rakyat Malaysia dapat berita yang menyedihkan yang terjadinya nahas pesawat di Elmina.


Katanya flight yang membawa 8 penumpang tersebut dari Langkawi dan dijangka akan mendarat di Airport Subang lagi 2 minit. 



Atas takdir Allah, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal turut juga menjadi korban.


Ternyata, apabila ajal sudah tiba seminit pun tidak ditangguh lagi, walaupun kesemuanya pasti ada yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah🥺🥺


Penantian itu tidak akan bertemu titiknya sampai bila-bila.


Segala-galanya ternoktah dalam sekelip mata!


Begitulah kehidupan kita semua kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Kata ustaz, kita hanyalah musafir di dunia ini dalam perjalanan menuju negara abadi.


Terbukti, nahas Elmina benar-benar mengetuk jiwa jika kita semua dan merenungnya dengan mata hati. 


1. Penumpang pesawat private yang pastinya ada-ada.

2. Pemandu kereta yang menjalani rutin seperti biasa. 

3. Atau anak muda yang baru merencana untuk membina hidup. 


Namun penamatnya semua sama! Kembali kepada Allah swt..


Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita golongan hebat yang sedang berada di puncak, kita tetap akan mati. 


Jika kita golongan biasa-biasa yang hidup serba sederhana juga akan mati.


Atau kita benar-benar marhaen yang sedang mencari sesuap dua rezeki juga akan bertemu Ilahi.


Jadi untuk apa rasa bangga dan sombong dengan kelebihan yang sejemput cuma sehingga terlupa kita semua dari tanah dan bakal reput menjadi tanah kembali?


Al-Fatihah untuk semua mangsa nahas pesawat di Elmina dan muslimin muslimat yang telah pergi.


Mati itu pasti dan terlalu hampir dengan kita . 


Hargai dan Sayangi Keluarga selagi mereka masih ada ..


Salam Jumaat untuk semua.

sekian :)

No comments:

Post a Comment

Ajal Tidak Lambat Tidak Cepat

Nahas Pesawat Di Elmina Mengorbankan 10 Nyawa  Pada 17 august 2023 khamis , Rakyat Malaysia dapat berita yang menyedihkan yang terjadinya na...