Kata kata motivasi | Sabar
Hi Assalammualaikum & Salam Ceria Bahagia..
![]() |
kata kata motivasi by wanie ismail |
Baru ini wanie dan suami di uji dengan keadaan anak sulong kami yang sakit..
kesan daripada postcovid tahun lalu kuman didalam badannya kembali lagi.
Secara jujur dengan keadaan wanie yang sarat mengandung anak kedua ini sangat penat nak menguruskannya. Tapi apa kan daya siapa lagi nak menguruskan kalau tidak emaknya. kan ?
Suami wajib bekerja seperti biasa cuma ada kelonggaran sedikit untuk melawat anak . alhamdulilah.
Syukur Alhamdulilah Berkat kesabaran wanie dan suami anak kami sudah discaj selepas 3 minggu berada di hospital.
Apa yang wanie belajar .. selagi masih di dunia hidup ini sentiasa ada UJIAN . Tidak kisah ujian itu kecil atau besar setiap orang akan melalui fasa ujian darinya.
![]() |
motivation quotes by wanie ismail |
“ sabar ye wanie .. wanie kene kuat Allah Uji Allah sayang “ ini kata kata motivasi yang kawan kawan selalu berkata pada wanie untuk sentiasa bersabar .
Iya betul , Allah uji seseorang itu mengikut tahap kemampuannya. Alhamdulilah walaupun berat ujian ini wanie dan suami terima ujian ini dengan hati yang lapang . Kami redha atas segalanya .. Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk.
Allah swt Berfirman :
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia baik bagimu “
![]() |
kata kata semanggat by wanie ismail |
Zaman sekarang yang banyak kes kes dera di pengasuh dan taska taska tidak bertauliah .. wanie bersyukur sangat menjadi surirumah dan berniaga shaklee dari rumah sepenuh masa dapat juga membesarkan anak anak di depan mata .
Pilihan ibu ibu masing masing ada yang pilih bekerja ada yang pilih surirumah . Semuanya okey aja . Bagi wanie penat itu memang penat tapi wanie akan menjaga amanah kurniakan Allah swt ini sebaik baiknya. insyaAllah . Doakan wanie berjaya dunia akhirat tau.
Semoga perkongsian wanie ini bermanfaat buat semua . sekian terima kasih .
love , wanie ismail
pengedar shaklee anda
011-111-49288
#shakleekl
#pengedarshaklee
#pengedarshakleekl
#shakleegombak
#shakleeuntuksemua
No comments:
Post a Comment