8 Tips Amalan Gaya Hidup Sihat 2023
Hi Assalammualaikum dan Salam Bahagia Ceria..
amalan gaya hidup sihat - Gambar sekadar hiasan |
Pada zaman serba serbi canggih ini ramai sesetengah orang nak menjadikan Amalan Gaya Hidup Sihat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.
Tapi tahukan anda ada juga dikalangan mereka tidak mencuba amalan gaya hidup sihat yang ramai dikalangan orang Malaysia tidak amik berat untuk membuang tabiat buruk dan menjadikan tabiat baru yang baik.
Hari ini wanie nak kongsikan 10 tips amalan gaya hidup sihat yang boleh anda dan keluarga anda cuba melakukannya.
8 TIPS AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
1) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - MENJAGA PEMAKANAN
buah dan sayuran - gambar sekadar hiasan |
Mengawalkan pemakanan yang lebih sihat . Makan makanan yang cukup tetapi bukan berlebihan . Perbanyakkan makan sayur sayuran dan buah buahan . Kurangkan minuman yang manis .
Diet yang seimbang seperti diet suku suku separuh sangat di galakkan . Makan mengikut waktu yang teratur seperti sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam . Mengurangkan makanan yang bergoreng lebihan minyak , kurangkan gula , garam dan lemak tidak baik .
2) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - TIDUR YANG SECUKUPNYA
Tidur yang lena - gambar sekadar hiasa |
Tidur yang secukupnya berkualiti dapat memberi fokus pada minda . Tidur yang lena memberi tenaga yang baik pada badan . Tidur yang baik adalah sekurang kurangnya 6-8jam sehari .
3) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL / BERSENAM
beriadah atau bersenam - gambar sekadar hiasan |
Aktiviti fizikal bersenam atau beriadah dapat memberi tenaga dan badan yang sihat cergas pada diri seseorang itu. Bersenam yang digalakkan adalah seminggu 3x ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit .
4) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - MENJAGA KESIHATAN EMOSI DAN MENTAL
Menjaga kesihatan mental yang baik, tiada guna jika kesihatan tubuh baik tetapi emosi tertekan .Emosi harus dikawal dengan sebaiknya . Cara mengawal emosi dalam islam boleh perbanyakkan solat sunat dan membaca al-quran lalu perbanyakkan berdoa meluahkan segala yang tertekan itu .
Selain itu , cara mengtenangkan jiwa dan merehatkan minda anda boleh cuba hobi baru seperti melukis atau memain alat muzik .Jika anda berasa stress penat aktiviti yang baik di hujung minggu boleh melakukan aktiviti mendaki , berkebun atau bercuti di pantai mahupun air terjun .
5 ) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - MINUM AIR SECUKUPNYA
minum air kosong secukupnya - gambar sekadar hiasan |
Minum air secukupnya air kosong mahupun air mineral . Ia dapat membuang toksin di dalam tubuh badan . Minum air kosong juga dapat mengawal kalori dalam badan .
Ia juga dapat menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses penuaan.
6) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - TIDAK MEROKOK
katakan tidak pada rokok - gambar sekadar hiasan |
Semua orang tahu amalan merokok adalah merbahaya bukan untuk diri sendiri juga pada orang sekeliling .
Amalan merokok dapat mengundang penyakit jantung yang kronik dan tidak dapat melancarkan darah . Merokok juga dapat memberikan kulit yang tidak sihat oksigen akan berkurangan di dalam tubuh badan .
7) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - PENJAGAAN KULIT
Kulit muka antara kulit yang paling sensitif antara kulit-kulit yang lain, maka sewajarnya kita harus menjaga kulit dengan baik supaya hindari penyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal.
Kulit yang cantik mencerminkan keperibadian diri, perlu juga memakai atau memilih skincare yang selamat dan berkesan.
8) AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - PENGAMBILAN VITAMIN
vitamin shaklee |
Bila sihat kita akan tenang , bila sihat kulit kita cantik, bila sihat hormon kita pun ok baik , sentiasa baik dan automatik sentiasa aura positif.
vitamin yang sangat penting untuk di ambil setiap hari iaitu multivitamin yang cukup semua vitamin yang ada dalam di dalam multivitamin yang ada vitamin C / vitamin B / zinc / calcium. Yang sangat mudah dan cukup nutrisi bersamaan 1 biji multivitamin.
wanie amalkan vitamin dari shaklee alhamdulilah sangat baik untuk kesihatan wanie .
Kesimpulannya gaya hidup sihat ini sangat baik untuk kita semua supaya kekal positif / focus / bahagia kehidupan yang sihat.
Semoga bermanfaat perkongsian wanie , sekian terima kasih
Sebarang pertanyaan mengenai info , promo dan cara makan vitamin shaklee yang betul boleh terus whatapp wanie ;))
LOVE , Wanie Ismail
No comments:
Post a Comment