Sunday, June 27, 2021

RINDU ARWAH MAK

Mak bagaikan tidur dan raut wajah dalam senyuman ,Wajah mak sangat tenang . Jam 3pagi di hospital selayang  pada 15 april 2018 mak tingalkan kami semua .Mak pergi tidak kembali. Maka hilang dan terputuslah satu keberkatan iaitu doa seorang ibu. Rindu arwah mak rindu yang tiada penghujung.


Rindu nak borak dgn mak malam malam (luahan perasaan)
Rindu nak salam ciom tangan (setiap kali salam mesti mak tegur salam ciom dekat hidung bukan dahi) hehee
Rindu nak makan pelam cicah sambal kicap (mak yang potong kalau tak seminggu duk pandang je pelam tu ,kalau mak tak potong hehehe ,and tu fav mak)
Rindu nak travel dgn mak (perut tak pernah lapoo tau,kenyang aje)
Rindu nak dengar nasihat dan bebelan mak
Rindu nak tgk wajah mak
Rindu masakan makkk
Rindu nak shopping dengan mak
Rindu nak mengaji Al-Quran dengan mak
Rindu nak mak teman COD (cash on delivery)
Rindu gurau dengan makk
Rindu semuaaaaaa..




Rindu arwah mak..
dah 3tahun 2bulan mak pergi meninggalkan kami semua.
Setiap hari wajib lah dalam rumah panggil mak mak mak mak
mak tu mak ni.barang hilang cari mak. lapar cari mak .happy cari mak. sedih cari mak
semua makkk.. ;(

Rinduuuuu yang tiada penghujung ..
Allah lebih sayangkan makkk
Berehatlah di sana makkk



Nukilan Hati ,

Masa dengan ibubapa tidak lama. Masa berlalu sangat pantas sekejap sahaja mereka sudah berusia.
Andai kita telalu sibuk tidak luangkan masa dengan mereka bimbang kita tidak sempat rapat dengan mereka sebelum nafas terakhir . hmmmm . Tak kan ada orang sayangkan kita macam mana ibubapa sayangkan kita.


Sedikit pesanan bagi yang masih mempunyai ibubapa ;)
Raikan dan hormatilah mereka..
Sayangilah mereka..
hargailah mereka..

setiap pagi sedekahkan alfatihah kepada kedua ibubapa (tak kira masih hidup @ telah tiada ) nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buat kamu.



adik rindu mak ,
mybidadari syurgaku,
Al-fatihah (dibaca) utk mak wanie ;)
Thanks ;)

No comments:

Post a Comment

Ajal Tidak Lambat Tidak Cepat

Nahas Pesawat Di Elmina Mengorbankan 10 Nyawa  Pada 17 august 2023 khamis , Rakyat Malaysia dapat berita yang menyedihkan yang terjadinya na...